Catatan Popular

Ahad, 26 Disember 2010

PERCUTIAN KELUARGA DI PULAU LANGKAWI

Tanggal 25 Dis 2010 kami sekeluarga memulakan perjalanan ke pulau langkawi. Seramai 6 orang ahli keluarga terdiri abah,umi abang Suhaib, abang ashraf, Abang fikri & Syafiqah. Kami bertolak jam 7.30pagi...namun ada perkara yang perlu diselesaikan di Chalet sungai paya, kami perlu memastikan bilik tersebut dalam keadaan bersih untuk tetamu yang akan menginap petang tersebut.
Jam 8.00 pagi kami meneruskan perjalanan dan tiba di kuala perlis jam 8.45 pagi. Kami meninggalkan pajero di tepi jalan di pekan Kuala Perlis.Abah kata kereta buruk tak apa tinggal tepi jalan. orang tak nak..Itulah hikmah pakai kereta burok...bebas ..tak macam kereta baru..pegangpun tak boleh..Lepastu Abah sempat berurusan dengan agen pelancongan yang menguruskan kenderaan dan penginapan di langkawi semuga memudahkan kami setibanya di langkawi. Tapi agen tu ambil untung beasr...bayangkan dia mintak komisyen RM100 untuk sebuah homestay dan Rm 50 untuk sebuah kereta.
Jam 9.30 pg. kami masuk ke Feri. Feri besar yang memuat lebih 300 penumpang memulakan perjalanan. kami ditempatkan di bahagian dek atas feri. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam ....kata abah biasanya hanya mengambil masa 1 jam sahaja.
jam 11 kami tiba di jeti kuala Perlis. abah sebuk menalipun agen pelancongan di langkawi untuk menuntut sebuah mpv toyota Avanza. hampir jam 3.30 petang baharulah abah mengambil kami di jeti langkawi menuju ke tempat penginapan. setibanya di tempat penginapan sekali lagi ayah kecewa apabila yang dijanjikan sebuah homestay 3 bilik tetapi disediakan sebuah bilik sahaja dalam sebuah rumah....dahlah tu sewa Avanza sehari RM200 campur komisyen dah jadi RM250 sehari. Alhamdulillah abah sabar dengan situasi tersebut beranggapan inilah suasana musim cuti sekolah. Lain kali jangan guna agen di Kuala Perlis tu...
Setelah berehat ...kami keluar menuju ke ulu melaka. sambung nanti....


KONVOKESYEN AHMAD SUHAIB BIN ABDUL RASHID

Tanggal 1 hb.Dis 2010...abang Ahmad Suhaib telah dianugerahkan Diploma Sains Geomatik di Universiti Teknologi mara Uitm kampus Arau. Turut hadir dalam penyampaiaian diploma tersebut adalah abah dan umi. Kini abang Suhaib sedang meneruskan pengajian Ijazah Sains Geomatik di Uitm Shah Alam Selangor. Semuga beliau berjaya memperolehi Ijazah pula.